Wednesday, 11 July 2012

POKOK HERBA

Assalammualaikum ... tak habis lagi mengenai pemakanan kali ni saya nak kongsi ilmu mengenai tumbuhan tradisional yang bermanfaat untuk pesakit kencing manis , darah tinggi segala macam penyakit yang biasa kita dengar..
Setiap apa yg Allah hidupkan pasti bermanfaat untuk kita semua dan kita sebagai manusia biasa sekadar mampu untuk berusaha tapi yang menentukan sembuh atau tidaknya hanya Allah yg maha berkuasa.. 


1.Pokok Sambung Nyawa ..



Mengikut cerita pokok ini mendapat nama sebegitu dari orang asli yang kehabisan makanan di hutan. Oleh kerana terlalu lapar, mereka mendapatkan pucuk-pucuk pokok ini dan memakannya. Dan sesudah itu mereka dapat meneruskan hidup mereka sehingga sampai balik ke penempatan mereka dengan selamat.
Dari itulah mereka menamakan pokok ini sebagai Sambung Nyawa kerana menyelamatkan mereka dari kelaparan semasa di hutan.
Nama lain untuk pokok ini ialah Daun Dewa, Akar Sebiak, Sirih Cina dan nama botaninya pula ialah ‘Gynura Procumbens’ Ada juga orang memanggilnya dengan nama Selemai Merah. 
Pokok ini banyak kegunaannya dalam perubatan tradisional di samping ia sedap dimakan sebagai ulaman. Pokok Sambung Nyawa ini boleh dibiakkan melalui keratan batang dan mudah tumbuh di tempat redup dan berair.

Keseluruhan pokok ini, dari daun hingga ke akarnya digunakan bagi mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah di samping menurunkan tekanan darah yang tinggi. Selain itu, daun sambung nyawa boleh digunakan untuk rawatan sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang.
Menurut orang yang telah biasa mengamalkannya, memadai dengan memakan dua atau tiga helai daunnya sehari untuk tujuan tersebut.





2. BUAH MENGKUDU 



 kHASIAT BUAH MENGKUDU



Adakah dari kita yang tidak kenal buah mengkudu ? sungguh malang kalau ada yang tidak kenal buah mengkudu (nama latin Morinda citrifolia) . Buah berwarna hijau berbintik yang mengandungi sungguh banyak  khasiatnya bagi kesihatan. Khasiat buah mengkudu sudah dikenal sejak lama. Sejak zaman nenek moyang kita.Beberapa khasiat yang di dapat dari buah mengkudu antara lain :
  1. Buah mengkudu berkhasiat sebagai sumber antioksidan yang dapat mengunci radikal bebas yang bisa menurunkan daya tahan tubuh.
  2. Khasiatnya juga dapat meningkatkan fungsi kelenjar tiroid dan kelenjar timus. Kedua kelenjar ini mempunyai fungsi melawan infeksi dan menjaga kekebalan tubuh. Menurunnya fungsi kelenjar ini akan membuat tubuh mudah terserang penyakit.
  3. Buah mengkudu mengandung mineral yang berfungsi memperlebar saluran pembuluh darah yang mengalami penyempitan. Dengan begitu,jantung tidak perlu bekerja terlalu keras untuk mengepam darahdan hasilnya, tekanan darah pun akan jadi normal.
  4. Buah mengkudu juga dipercaya bisa mengendalikan sel kanser dan tumor. Memang, jika kanser atau tumor sudah muncul, maka pengobatan berupa operasi atau kemoterapilah yang dibutuhkan. Namun, mengonsumsi buah mengkudu secara teratur bisa menghambat pertumbuhan sel tumor atau sel kanser lebih besar.
  5. Buah mengkudu mengandung dua belas zat aktif yang berkhasiat pengobatan. Diantaranya adalah yang disebut Anthraguinone dan Scopoletin yang aktif sebagai antimikroba, sehingga penting dalam mengatasi peradangan dan alergi. Komponen aktif yang terkandung dalam buah mengkudu juga berperan dalam meremajakan sel-sel tubuh dan mencegah perkembangan sel kanker.
Begitu banyak khasiat buah mengkudu untuk kesihatan. 
3.BUAH TUNJUK LANGIT



buah tunjuk langit ini di kunyah begitu saja oleh orang-orang kampung untuk mengubati penyakit2 kencing manis, darah tinggi dan jangkitan2 virus atau bakteria seperti selsema, batuk, jerawat, resdung dan demam. Rasanya yang teramat pahit dan sifat alkalinya dapat membuatkan sistem perdarahan badan kita lebih kuat untuk melawan dan membunuh bakteria/virus yang cuba menyerang Ianya juga amat berkesan untuk memberi tenaga seperti hilangkan mengantuk bila badan keletihan.
Khasiat yang hebat dari buah Tunjuk Langit.
Digunakan untuk mengubati penyakit seperti:
-kencing manis
-darah tinggi
-gout/stroke
-asma/resdung
-migrain
-mati pucuk
-insomia
-stress/tension
-keletihan

4. POKOK TUTUP BUMI..



 Aku tau mengenai pokok ni pun dari Opah, menurut kata opah pokok ni byk kegunaan nya.. ini adalah antara kegunaan pokok tutup bumi... 
Digunakan untuk mengubat anaemia, batuk ,selsema dan serak tekak, radang rahim , hepatitis,bisul, penyakit kulit, cirit birit dan keputihan juga radang mata. ia juga dikatakan dapat mempermudahkan proses kelahiran dan digunakan juga selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan.

5. POKOK TAPAK GAJAH


Dikenali juga dengan nama Tutup Bumi. Tumbuhan liar ini selalu kita jumpa, pohonnya renek dimana daunnya terdampar kebumi (Lihat g/rajah di bawah).Herba ini juga digunakan sebagai jamu selepas bersalin. Daun dan akarnya dikeringkan, direbus dan airnya diminum.
Perempuan yang 'turun darah' (pendarahan dalaman diluar pusingan haid) ianya baik untuk kesihatan. Caranya ambil satu atau dua pokok berserta akarnya, sedikit beras (direndam) untuk beberapa minit dan cetasan mata kunyit.Bahan-bahan itu dicampur dan ditumbuk kemudian airnya diminum (sukatan airnya satu takuk ukuran jari manis). InsyaAllah pendarahan berhenti. 
Jika anda merasa kepenatan selepas bekerja seharian, ambil herba ini yang telah dikeringkan 3 pokok dan dicampur bersama Bayam Duri yang berwarna hijau (Amaranthus spinosus Linn) 1 
pokok kemudian didihkan dan minum airnya samada lelaki atau perempuan, tua atau muda. Anda akan kembali bertenaga dan rasa sihat.

6.POKOK DUKUNG ANAK



Dukung Anak yang banyak tumbuh meliar dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus miNum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.

7.POKOK SEMALU ..

Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.
Tetapi, khasiat ini adalah untuk dijadikan mandian dan bukannya sebagai bahan minuman.
“Caranya adalah ambil beberapa batang pokok sumalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.
Masukkan dalam sebuah bekas (periuk) yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.
Tunggu sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi dan bukan untuk diminum.
Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air.
“Caranya senang saja. Ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.
Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut, insya-Allah luka pecah tadi akan kering dan sembuh.





sarah samsuri: Rahsia Pemakanan Sihat

sarah samsuri: Rahsia Pemakanan Sihat

Rahsia Pemakanan Sihat

CARA PEMAKANAN SIHAT DALAM ISLAM


Assalammualaikum salam penuh kasih sayang hr ini sy terpanggil untuk berkongsi ilmu mengenai pemakanan kita.. Maklum lah zaman serba canggih serba moden ni semua kita nak cepat .. perasan tak restoran makanan segera pun dah tumbuh macam cendawan skrg ni.. Persoalan nya sekarang mcm mn la kita nk jg pemakanan seharian kita supaya menjadi makanan seimbang tp selaras dgn tuntutan dlm Islam.. Orang tua2 selalu berpesan makanan yg kita mkn ni jadi darah daging kita salah makan membawa kesan hga ke akhir hayat & akan beri impak yg besar pd kt juga.. Terkadang pernah terdengar tak orang2 tua bercakap anak2 kalau nak anak2 bijak bg makan itu bagi makan ini yang itu jgn makan yang ini jangan makan tp yg paling popular yg org2 tua larang anak2 kecil makan kepala ikan dengan organ dalaman haiwan (hati,pedal,limfa , paru)... 


Panjang nya mukadimah saya ni.. harap x jemu untuk meneruskan pembacaan anda .. Hari ini saya nak kongsikan rahsia pemakanan para genius-genius Islam .
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU 
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM

2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

  1. KISMIS 
    Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
    CARA MAKAN :
    i)Menghadap Kiblat
    ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
    iii)Baca doa penerang hati
    iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
    v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
    3) SUSU SEGAR
    Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
    CARA MINUM :
    i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
    ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
    4) TELUR 
    Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
    5) HALIA 
    Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
    CARA MAKAN
    Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
    6) LIMAU OREN
    Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

    7) BUAH DELIMA
    Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


    8) DAGING BURUNG MERPATI 
    Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
    9) OTAK AYAM 
    Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.






    10) DAGING AYAM 
    Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
    11) DAGING BIRI-BIRI
    Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
    12) HATI
    Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
    13) KEKACANG 
    Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
    14) BUAH BADAM
    Untuk meningkatkan kecerdasan.
    15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) 
    Ni yang selalu terdapat dalam masakan India harganya memang la mahal kan.
    Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


    16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
    Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
    17) BUNGA KOBIS 
    Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
    18) BUNGA CENGKEH
    Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

    19) LABU 
    Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
    20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) 
    Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
    Ini lah rupa buah kedekai (Majalawi) 




    21) MINYAK SAPI 
    Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
    22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
    Juga membantu meningkatkan akal dan memori .sumbangan

Thursday, 28 June 2012



Assalammualaikum..



Salam ukhwah Salam sillaturrahim & Salam penuh kasih sayang buat semua yg sudi mengunjungi laman blog ku ini maafkan aku andai kata ada kekurangan dr setiap apa yg bakal ku paparkan.. Aku mengharapkan tunjuk ajar dari semua.. Tiada kata indah yang dapat ku ucapkan hanyalah jutaan terima kasih kepada yg sudi membaca setiap karyaku.

Pada petang yg serba indah ini, terdetik hati ku ingin berbicara sesuatu yg mungkin ada di antara kita yg pandang remeh tentang sesuatu hal yg sangat-sangat di tuntut dalam agama kita. Pada petang ini ingin ku berbicara tentang akhlak dan adab kita ketika melayan tetamu sama ada tetamu ynag datang ke rumah, pajabat & sebagai nya.

Di hati ku sering bertanya "adakah sebelum ini aku melayan tetamu - tetamu yg hadir ke rumah ku dengan baik"? Adakah aku mengikuti adab2 sepeti mn yg di anjurkan oleh agama ku?
Ini lah persoalan yg timbul di benak fikiran ku ketika ini dan mungkin juga persoalan ini timbul di fkrn kalian .

Justeru itu, di kesempatan ini aku mohon ampun kepada mereka yg pernah mengunjungi teratak ku seandainya layanan dan sambutan kehadiran mu sebelum ini kurang memuaskan hati .


Ku tuliskan bicara ini sebagai usaha ke arah memperbaiki diri ku , diri mu dan diri kita semua agar segala sesuatu yg di lakukan dalam kehidupan seharian kita mengikuti akhlak dan adab yg di anjurkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Tetamu ialah org yg datang menziarahi kta , sebagai tuan rumah kita hendak lah memuliakan tetamu .. Ibu ku & arwah ayah ku selalu berpesan tetamu yang datang ke rumah kita membawa bersama mereka rezki dan apabila mrk pulang mrk membawa bersama dosa2 kita.. Dan itu lah yg cuba ku lakukan setiap tetamu yg datang ke rumah ku akan ku cuba layan semampu ku..


ANTARA ADAB MEMULIAKAN TETAMU ...

~ Sambut tetamu & mengalu-alukan kedtgn mereka
~ Tunjukkan kemesraan dan muka yg manis
~ Wajib menutup aurat
~ Menggunakan bahasa yg sopan dan baik ketika bercakap
~ Menyediakan makanan & minuman mengikut kemampuan
~ Memastikan rumah dalam keadaan yg bersih dan kemas
~ Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang

Apabila kita mengamalkan adab yg telah di tentukan oleh syariat maka banyak faedah dan manfaat yg bakal kita perolehi ...
- Mendapat rahmat daripada Allah SWT
- Dapat mengeratkan tali silaturrahim
- Orang yg melayan tetamu akan di hormati
- Di sayangi dan menjadi contoh yg baik kepada masyarakat setempat

Andaikata kita tidak mengamalkan adab-adab tersebut maka ini lah akibatnya..
* Di benci oleh Allah SWT dan manusia
* Mendapat dosa
* Merenggangkan hubungan silaturrahim
* Tidak di hormati
* Menimbulkan fitnah
"Ya Allah... Kami hamba mu yang lemah lagi dhaif , ampunilah segala dosa-dosa kami.. Kami juga memohon kepada mu agar ENGKAU kurniakan kepada kami akhlak yang baik seperti mana akhlak para nabi dan para sahabat serta kekasih mu .. Ya Allah .. Tuhan Semesta Alam.. Amin









Ingatan untuk ku dan semua...

Firman Allah, surah Al-Balad : ayat 4, bermaksud, “Sesungguhnya manusia itu AKU jadikan dalam kepayahan.” Detik demi detik masa berlalu,...

Detik demi detik masa berlalu, Malam berganti siang, hari berganti hari, diri ini kesayuan tiada berkesudahan tiada berhenti, syahdu sungguh terasa diri ini.. Hati ini terkala sayu mengenangkan keSengsara di dalam perjuangan, terpaksa jua menempuhi ranjau onak duri tapi diri ini percaya ranjau kehidupan yang diri ini lalui adalah cabaran dan dugaan hidup seorang hamba yang begitu dhaif. Diri ini yakin semua ini adalah diatas rahmat Allah dan yakin bahawa Rahmat Allah itu luas tak terhingga dan sekiranya kita mencari jalan keredhaannya, InsyaAllah, Allah akan bersama kita memimpin dan melindungi kita. Diri ini berazam untuk menjalani sisa sisa liku liku kehidupan ini dengan mencari Hidayahnya
Semoga diri ini mendapat petunjuk taufik Allah swt. Namun diri ini harus tabah dan bersabar didalam segala hal. Sebagai insan yang tak punya daya upaya lagi dhaif diri ini tidak akan berputus asa mencari Hidayahnya, akan diri ini tempuhi segala dugaan dan cabaran yang diberi dengan penuh keikhlasan, akan diri ini panjatkan doa memohon pada Allah agar membantu dan melindungi kita semua, walaupun kehidupan itu kadang kala terhimpit dek permasaalahan keduniaan.



Halangan dan rintangan kehidupan ini haruslah ditempuhi dengan penuh kesabaran. Itulah hakikatnya perjuangan yang akan ditempuhi yang penuh dengan ranjau onak duri dan cabaran yang terlalu pahit untuk ditelan dan tak mudah pula dilupakan kenangan indah. Berat rasanya Untuk melangkah meninggalkan semua keindahan peristiwa yang berlalu. Namun diri ini telah pun berazam meneruskan perjuangan ini dan apa jua dilakukan kerana Cintaku pada Allah swt. Selagi ada hayat akan meneruskan perjuang hidup ini untuk mencari hidayah Allah, dengan berusaha mempertingkatkan diri untuk bekalan untuk dibawa ke perjalanan yang tidak tahu destinasinya dan bilakah waktunya. Takkan dibiarkan kenangan lalu itu berligar ligar dibenak fikiran diri ini, sehingga ia benar benar mencabar kesabaran dan ketabahan iman.

Firman Allah, surah Al Hasyar : ayat 18, bermaksud “Hendaklah seseorang itu memikirkan apa yang hendak dikerjakan untuk bekal pada esok harinya(hari Qiamat) dan takutlah kamu pada Allah. Sesungguhnya Allah melihat (sangat waspada) kepada apa yang kamu kerjakan)”

Akur diatas kehidupan yang begitu mencabar ini, terpaksa jua menghadapi kenyatan yang harus dilalui dengan melupakan saat kesengsaraan pahit getir dan kenangan yang indah. Jiwa ini cuba meredakan kerinduan, rindu pada ketenang dan kedamaian yang selama ini tiada. Kerana didalam jiwa ini terlalu memberontak meronta mahukan ketenangan dalam hidup dan diri ini rindukan kedamaian. Diri ini jua akur bahawa dunia ini hanyalah satu pentasan sandiwara yang kita ini menjadi pelakon tabahannya.

Surah Al-Nahl : ayat 18, bermaksud “ Apabila engkau hendak menghitung nikmat Allah, maka tidak akan terhitung.” Diri ini bersyukur diatas segala kenikmatan yang diberikan, tak terhingga banyaknya, kerana itu diri ini jua percaya yang selama ini diri ini telah diterpedaya dengan hal hal yang tak bermanaafaat. Diri ini akuur, tiada perjalanan yang singkat ataupun perjalanan yang mudah untuk dilalui mencari kejalan keredhaan Allah, berlandaskan Keteguhan keimanan, hati ini akan kuatkan jua untuk meneruskan dan mempertingkatkan diri tanpa menoleh kebelakang walaupun betapa manisnya kalau dikenang kembali, kerana diri ini tetap akan pergi jua, apabila tiba masanya. Akur dimana Suratan takdir, pertemuan dan perpisahan yang diatur olih Allah tanpa kita Duga. Bersyukur Kehadrat Ilahi diatas pertemuan, sekiranya perpisahan belaku ia tidak dirancang. Sebagai Insan Segala penentuan ditentukan Oleh Allah swt. Semoga perjuangan ini dapat mendidik erti kesabaran dan ketabahan diri.
Firman Allah, surah Al-sajadah : ayat 17, bermaksud “tidaklah ada yang mengetahui seorangpun akan kesenangan yang disembunyikan oleh-KU itu kadarnya).”
Dari itu sahabat Izinkan diri ini mengundurkan diri dari segala hal hal., walau apa pun jua yang belaku. Ingin diri ini menyusun jari sepuluh memohon maaf sekiranya diri iniada menyakiti hati dan perasan dan izinkan perpisahan ini, Walaupun pilu hati menghadapinya. Semoga kita sabar menempuh segala dugaan dan cabaran, berpasrah dan bertawakal pada Allah. Andainya ada kesempatan waktu akan diri ini cuba sedaya upaya meluangkan waktu bersama tetapi sekiranya disebaliknya, maafkanlah diri ini.

Diri ini teringat akan kata-kata Para Ahli hikmah,

“sakit pada waktu mengembara
Miskin dihari tua
Maut pada waktu masih muda
Buta setelah melihat"

Dilupakan oleh orang-orang(yang asalnya disanjung sanjung tetapi kemudian ditinggalkan)
Adapun bila engkau ditinggalkan olihnya, nescaya tetap ada penggantinya; tetapi Allah itu tidak akan ada penggantinya (jika kita meninggalkan Allah, atau Allah meninggalkan kita, maka tidaklah akan ada penggantinya.”
Semoga dipertemukan apa yang dicari selama ini. Pada yang sama-sama berjuang, Berjuanglah kejalan Allah sehingga ke akhirnya hayat dan jangan berputus asa. Sekali kita gagal ia tidak bermakna buat selama lamanya. Sekali kita terjatuh dengan pintas bangunlah. Berpesan pesanlah kepada yang hak dan berpesan pesan kepada kesabaran, kerana kita hanyalah hamba Allah, insan yang tak punya daya upaya lagi serba dhaif. Setiap gerak adalah dari Allah. Sebelum terlambat dan kerugian, Selagi hayat dikandung badan, sebelum mata rapat terpejam, apabila tiada lagi erti perucapan, andainya terhentinya pernafasan yang dipinjamkan oleh Allah. Selagi masa menyebelahi kita, ingatlah akan ikrar yang telah diikrarkan, berjuanglah mencari Hidayah Allah, kerana Hidayah Allah seharusnya dicari, Hidayah Allah tidak datang dengan sendirinya. Apabila perusahan mencari keredhaan Hidayah Allah barulah disusuli dengan Taufik Allah swt. Semoga Allah swt memimpin dan memberikan jalan, dan dibukakannya jalan perjalanan yang akan ditempuhi, dan semoga dilindungi dan semoga di berikan ilham dan petunjjuk pada setiap gerak dan langkah pada segala urusan yang bakal dilalui samada untuk Agama, dunia ataupun untuk akhirat.

Firman Allah, surah Al-Ankabut: ayat 69, bermaksud, “Dan orang orang yang bersungguh sungguh (melawan nafsu) kerana-KU, maka dia itu akan diberi petunjuk kepada jalan jalan-KU.”

Ya Allah, Tabahkan Hati Hamba Mu, Ya Allah, bantulah Hamba Mu dalam segala hal. Daripada Mu, Ya Allah, diri ini memohon didalam Doa Kudusku agar sepanjang waktu Pahit Manis didalam Perjuangan yang ditempuhi akan dihadapi dengan penuh ketabahan dan kesabaran. "Senyuman Yang Tersirat, hati berasa pilu.... Semoga Allah Berkatimu dan Salam tulus ikhlas Ingatanku buatmu sahabat sahabatku yang senantiasa didalam Ingatanku Doaku. Semoga Allah Meredhaai Persahabatan dan perpisahan Ini.”
Doa didalam Surah Ali-Imran : ayat 8, bermaksud, “Ya Allah, janganlah dibelokkan hati kami setelah diberi hidayah dan semoga diberi rahmatmu. Sesungguhnya tuhan Maha Pemurah, banyak kurnianya” dan dalam surah Al-Fatiha : ayat 6, bermaksud “Tunjukkanlah kami kepada jalan yang lurus” aamiin

Bersujud kepada Allah
Bersyukur Kepada Allah
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkati Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkah mu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkati Allah
Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah

Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

sarah: SOLAT DHUHA

sarah: SOLAT DHUHA: Bila berbicara mengenai solat terkadang terdengar juga di telinga kita cakap-cakap seperti "alah solat 5 waktu pun blm tentu cukup ada ht nk...

Monday, 5 March 2012

HATI


Assalamualaikum pembuka bicara..  Kadang kala sekeping daging yang bernama hati itu sukar untuk dimengertikan.. Sedih..Kecewa..Marah..itulah apa yang dirasakan oleh sekeping hati di saat ini.. Sedih kerana terpaksa melukakan hati orang yang disayangi demi untuk orang yang disayangi juga.. Kecewa kerana... Hati x pernah menipu.. hati x pernah berdusta..hati x pernah berbohong kerna apa yg lahir dari hati ia adalah jujur.. 
luka sekeping hati,
sukar untuk diubati,
parutnya kekal abadi,
akan kubawa hingga ku mati,
bicara sekeping hati,
andai aku engkau lukai,
sakitnya tidak terperi,
berbisa bagai nak mati,
namun, ketabahan sekeping hati,
mampu untuk menempuhi,
biar sering disakiti,
itulah kemampuan sekeping hati…