Wednesday 11 July 2012

Rahsia Pemakanan Sihat

CARA PEMAKANAN SIHAT DALAM ISLAM


Assalammualaikum salam penuh kasih sayang hr ini sy terpanggil untuk berkongsi ilmu mengenai pemakanan kita.. Maklum lah zaman serba canggih serba moden ni semua kita nak cepat .. perasan tak restoran makanan segera pun dah tumbuh macam cendawan skrg ni.. Persoalan nya sekarang mcm mn la kita nk jg pemakanan seharian kita supaya menjadi makanan seimbang tp selaras dgn tuntutan dlm Islam.. Orang tua2 selalu berpesan makanan yg kita mkn ni jadi darah daging kita salah makan membawa kesan hga ke akhir hayat & akan beri impak yg besar pd kt juga.. Terkadang pernah terdengar tak orang2 tua bercakap anak2 kalau nak anak2 bijak bg makan itu bagi makan ini yang itu jgn makan yang ini jangan makan tp yg paling popular yg org2 tua larang anak2 kecil makan kepala ikan dengan organ dalaman haiwan (hati,pedal,limfa , paru)... 


Panjang nya mukadimah saya ni.. harap x jemu untuk meneruskan pembacaan anda .. Hari ini saya nak kongsikan rahsia pemakanan para genius-genius Islam .
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU 
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM

2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

  1. KISMIS 
    Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
    CARA MAKAN :
    i)Menghadap Kiblat
    ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
    iii)Baca doa penerang hati
    iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
    v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
    3) SUSU SEGAR
    Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
    CARA MINUM :
    i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
    ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
    4) TELUR 
    Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
    5) HALIA 
    Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
    CARA MAKAN
    Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
    6) LIMAU OREN
    Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

    7) BUAH DELIMA
    Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


    8) DAGING BURUNG MERPATI 
    Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
    9) OTAK AYAM 
    Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.






    10) DAGING AYAM 
    Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
    11) DAGING BIRI-BIRI
    Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
    12) HATI
    Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
    13) KEKACANG 
    Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
    14) BUAH BADAM
    Untuk meningkatkan kecerdasan.
    15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) 
    Ni yang selalu terdapat dalam masakan India harganya memang la mahal kan.
    Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


    16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
    Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
    17) BUNGA KOBIS 
    Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
    18) BUNGA CENGKEH
    Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

    19) LABU 
    Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
    20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) 
    Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
    Ini lah rupa buah kedekai (Majalawi) 




    21) MINYAK SAPI 
    Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
    22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
    Juga membantu meningkatkan akal dan memori .sumbangan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment