Wednesday 11 July 2012

POKOK HERBA

Assalammualaikum ... tak habis lagi mengenai pemakanan kali ni saya nak kongsi ilmu mengenai tumbuhan tradisional yang bermanfaat untuk pesakit kencing manis , darah tinggi segala macam penyakit yang biasa kita dengar..
Setiap apa yg Allah hidupkan pasti bermanfaat untuk kita semua dan kita sebagai manusia biasa sekadar mampu untuk berusaha tapi yang menentukan sembuh atau tidaknya hanya Allah yg maha berkuasa.. 


1.Pokok Sambung Nyawa ..



Mengikut cerita pokok ini mendapat nama sebegitu dari orang asli yang kehabisan makanan di hutan. Oleh kerana terlalu lapar, mereka mendapatkan pucuk-pucuk pokok ini dan memakannya. Dan sesudah itu mereka dapat meneruskan hidup mereka sehingga sampai balik ke penempatan mereka dengan selamat.
Dari itulah mereka menamakan pokok ini sebagai Sambung Nyawa kerana menyelamatkan mereka dari kelaparan semasa di hutan.
Nama lain untuk pokok ini ialah Daun Dewa, Akar Sebiak, Sirih Cina dan nama botaninya pula ialah ‘Gynura Procumbens’ Ada juga orang memanggilnya dengan nama Selemai Merah. 
Pokok ini banyak kegunaannya dalam perubatan tradisional di samping ia sedap dimakan sebagai ulaman. Pokok Sambung Nyawa ini boleh dibiakkan melalui keratan batang dan mudah tumbuh di tempat redup dan berair.

Keseluruhan pokok ini, dari daun hingga ke akarnya digunakan bagi mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah di samping menurunkan tekanan darah yang tinggi. Selain itu, daun sambung nyawa boleh digunakan untuk rawatan sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang.
Menurut orang yang telah biasa mengamalkannya, memadai dengan memakan dua atau tiga helai daunnya sehari untuk tujuan tersebut.





2. BUAH MENGKUDU 



 kHASIAT BUAH MENGKUDU



Adakah dari kita yang tidak kenal buah mengkudu ? sungguh malang kalau ada yang tidak kenal buah mengkudu (nama latin Morinda citrifolia) . Buah berwarna hijau berbintik yang mengandungi sungguh banyak  khasiatnya bagi kesihatan. Khasiat buah mengkudu sudah dikenal sejak lama. Sejak zaman nenek moyang kita.Beberapa khasiat yang di dapat dari buah mengkudu antara lain :
  1. Buah mengkudu berkhasiat sebagai sumber antioksidan yang dapat mengunci radikal bebas yang bisa menurunkan daya tahan tubuh.
  2. Khasiatnya juga dapat meningkatkan fungsi kelenjar tiroid dan kelenjar timus. Kedua kelenjar ini mempunyai fungsi melawan infeksi dan menjaga kekebalan tubuh. Menurunnya fungsi kelenjar ini akan membuat tubuh mudah terserang penyakit.
  3. Buah mengkudu mengandung mineral yang berfungsi memperlebar saluran pembuluh darah yang mengalami penyempitan. Dengan begitu,jantung tidak perlu bekerja terlalu keras untuk mengepam darahdan hasilnya, tekanan darah pun akan jadi normal.
  4. Buah mengkudu juga dipercaya bisa mengendalikan sel kanser dan tumor. Memang, jika kanser atau tumor sudah muncul, maka pengobatan berupa operasi atau kemoterapilah yang dibutuhkan. Namun, mengonsumsi buah mengkudu secara teratur bisa menghambat pertumbuhan sel tumor atau sel kanser lebih besar.
  5. Buah mengkudu mengandung dua belas zat aktif yang berkhasiat pengobatan. Diantaranya adalah yang disebut Anthraguinone dan Scopoletin yang aktif sebagai antimikroba, sehingga penting dalam mengatasi peradangan dan alergi. Komponen aktif yang terkandung dalam buah mengkudu juga berperan dalam meremajakan sel-sel tubuh dan mencegah perkembangan sel kanker.
Begitu banyak khasiat buah mengkudu untuk kesihatan. 
3.BUAH TUNJUK LANGIT



buah tunjuk langit ini di kunyah begitu saja oleh orang-orang kampung untuk mengubati penyakit2 kencing manis, darah tinggi dan jangkitan2 virus atau bakteria seperti selsema, batuk, jerawat, resdung dan demam. Rasanya yang teramat pahit dan sifat alkalinya dapat membuatkan sistem perdarahan badan kita lebih kuat untuk melawan dan membunuh bakteria/virus yang cuba menyerang Ianya juga amat berkesan untuk memberi tenaga seperti hilangkan mengantuk bila badan keletihan.
Khasiat yang hebat dari buah Tunjuk Langit.
Digunakan untuk mengubati penyakit seperti:
-kencing manis
-darah tinggi
-gout/stroke
-asma/resdung
-migrain
-mati pucuk
-insomia
-stress/tension
-keletihan

4. POKOK TUTUP BUMI..



 Aku tau mengenai pokok ni pun dari Opah, menurut kata opah pokok ni byk kegunaan nya.. ini adalah antara kegunaan pokok tutup bumi... 
Digunakan untuk mengubat anaemia, batuk ,selsema dan serak tekak, radang rahim , hepatitis,bisul, penyakit kulit, cirit birit dan keputihan juga radang mata. ia juga dikatakan dapat mempermudahkan proses kelahiran dan digunakan juga selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan.

5. POKOK TAPAK GAJAH


Dikenali juga dengan nama Tutup Bumi. Tumbuhan liar ini selalu kita jumpa, pohonnya renek dimana daunnya terdampar kebumi (Lihat g/rajah di bawah).Herba ini juga digunakan sebagai jamu selepas bersalin. Daun dan akarnya dikeringkan, direbus dan airnya diminum.
Perempuan yang 'turun darah' (pendarahan dalaman diluar pusingan haid) ianya baik untuk kesihatan. Caranya ambil satu atau dua pokok berserta akarnya, sedikit beras (direndam) untuk beberapa minit dan cetasan mata kunyit.Bahan-bahan itu dicampur dan ditumbuk kemudian airnya diminum (sukatan airnya satu takuk ukuran jari manis). InsyaAllah pendarahan berhenti. 
Jika anda merasa kepenatan selepas bekerja seharian, ambil herba ini yang telah dikeringkan 3 pokok dan dicampur bersama Bayam Duri yang berwarna hijau (Amaranthus spinosus Linn) 1 
pokok kemudian didihkan dan minum airnya samada lelaki atau perempuan, tua atau muda. Anda akan kembali bertenaga dan rasa sihat.

6.POKOK DUKUNG ANAK



Dukung Anak yang banyak tumbuh meliar dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus miNum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.

7.POKOK SEMALU ..

Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.
Tetapi, khasiat ini adalah untuk dijadikan mandian dan bukannya sebagai bahan minuman.
“Caranya adalah ambil beberapa batang pokok sumalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.
Masukkan dalam sebuah bekas (periuk) yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.
Tunggu sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi dan bukan untuk diminum.
Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air.
“Caranya senang saja. Ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.
Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut, insya-Allah luka pecah tadi akan kering dan sembuh.





2 comments:

  1. banyak betul kegunaan tumbuhan ni kan satu info yg sangat menarik

    ReplyDelete
  2. jom tgk baju rya kat sini:

    http://norliza989.blogspot.com/2012/07/kurung-moden-zufar.html

    ReplyDelete