Friday 6 February 2015

HAPPY ANNIVERSARY TO ME...

~Hihihi sudah berusia 18 tahun 2 bulan 1 hari usia perkahwinan ku.. Moga jodoh dari Allah ni kekal hingga ke syurga mu..

~CORETAN BUAT SUAMI KU~
5 Januari, 18 tahun yang lalu engkau ubah dunia ku menjadi indah,,seperti pelangi,,dan kini 18 tahun berlalu semua masih seindah pelangi itu..terima kasih suamiku..telah memilih aku menemani perjalanan panjangmu meraih cita-cita dan tujuan mu...
terima kasih telah memilih aku,menjadikan aku wanita hebat,menjadikan aku wanita dengan fikiran terbuka bahwa dunia ini luas dan hidup itu indah....
terima kasih telah mengajarkan aku untuk lebih mencintai NYA...
Imam ku...
tahukah engkau seberapa besar kebanggaan ku akan diri mu..takkan ada bandingan nya untuk menyatakan betapa aku bangga padamu...
Duhai kunci surgaku....
hingga saat ini aku belum mampu memberikan yang terbaik untukmu,tapi yakinlah aku akan selalu belajar menjadi yang terbaik untukmu....
terima kasih suamiku....semoga ALLAH memberikan kebahagiaan padamu,,seperti doa-doaku yg sll terucap di setiap sujudku....‪#‎cintahujungnyawa‬ #syurgadihatiku #imamku #kuncisyurgaku

AKU bukanlah Siti Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga dirinya.
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara.
TETAPI diriku hanya seorang wanita akhir zaman, yang bercita-cita menjadi wanita solehah.
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku
Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa~♥(。◕‿◕。)❤
Dalam Sujud ku Bercerita . .
Dalam Sujud ku Meminta . .
Dalam Sujud ku Mengadu segalanya . .
Dalam Sujud ku Mengalirkan Airmata . .
Dalam Sujud ku Menemui Ketenangan & Kedamaian . .
Dalam Sujud ku Menemui Kebahagiaan yg Hakiki . .
Dengarlah Rintihan Hambamu Ini Ya Allah di Setiap Kali Dalam Sujud ku PadaMU ya Rabb .

"Pada waktu bersujud, bisikkan semua urusan kamu kepadaNya, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi. Jangan sampai orang disebelah kamu mendengar, kerana cinta itu memiliki rahsia tersendiri..sedangkan manusia ada yang iri hati dan ada yang sukar untuk memberi pertolongan.Kirimlah surat pada waktu sahur dengan tinta air mata..dengan kertas pipi berukirkan ketaatan dan dengan alamat yang dituju adalah ‘Arasy. Setelah itu tunggulah balasannya".
*Duhai pemilik hati ku .. tidak ku pinta kau taburkan aku dengan kemewahan harapan dan pinta ku hanya satu pimpinlah aku menuju Syurga Allah.. Ingatkan aku andai aku alpa.. Bimbinglah aku mencari redha Illahi dan sama-sama kita bina keluarga Sakinah & mawaddah ..
◕‿L◕"..Tidak bertemu MATA,,tidak bertemu SUARA..tidak mengungkap JANJI,,tidak bermadah CINTA..cukuplah kata mengingati ALLAH,,cukuplah nasihat serta teguran..cukuplah aku tahu kau punya AGAMA & IMAN..Hati kita ALLAH yang punya,,Hati kita ALLAH yang jaga.. berDOAlah,,kerana itu SENJATA kita..AMANAH yang ALLAH beri bersama kita jaga ,,pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya..."❤●•٠·

MUTIARA HATI .. CETUSAN RASA..

..Aku hanyalah INSAN BIASA, yang punyai CACAT CELA yang tersembunyi di sebalik hijabku ini..andai diriku ada BERBUAT SALAH, MENGURIS HATI sesiapa tanpa sedar..usahlah MENCEMUHKU, usahlah MEMBENCIKU tetapi NASIHATKANLAH aku dengan HIKMAH supaya kembali ke arah yang DIREDHAI Allah..✿~

>>> Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu TIDAK BERHAK untuk menjadi seorang mUSLIM/Muslimah yang BAIK, DISAYANGI dan DIHORMATI..berusaha mendidik diri menjadi Muslimah yang baik itu perlu DITERUSKAN tanpa mengenal erti penat apatah lagi jemu, tinggalkan masa lalu yang perit itu..jadikan ia satu PENGAJARAN, bukan satu penyesalan yang berpanjangan..♥♥♥

Walau terasa lambat bagi yang menunggu..
Terlalu panjang bagi yang gelisah..
Terlalu jauh bagi yang mengharap..
Dan terlalu pendek bagi yang bahagia..
Namun waktu adalah keabadian,
Bagi yang bersabar dan bersyukur..
kadang-kadang allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat,kita tercari-cari dimanakah matahri rupa-rupanya allah hadiahkan kita pelangi yang indah....

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

♥ Jadikan cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta.Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.. ♥

Mata kadang2 salah melihat..
Mulut kadang2 salah berucap..
Tetapi, hati tidak pernah menipu
apabila kita rindukan seseorang..♥

✿Dalam urusan DUNIA, jika kita BERKASUT pandanglah orang yang BERSELIPAR. jika kita berselipar, pandanglah orang yang BERKAKI AYAM. Ia akan menjadikan kita sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita MILIKKI~✿

✿ܓDan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur (An Nahl : 78)✿ܓ ^_^

Tegurlah aku jika aku mulai sombong..
Tegurlah aku jika aku mulai angkuh..
Tegurlah aku jika aku mulai salah..
Kerana aku masih memerlukan sahabat seperti kamu..
Hari ini, esok dan selamanya.. ♥