Tuesday 23 June 2015

KISAH BAHLUL

            Assalammualaikum diam tak diam kita dah berpuasa selama 6 hari... Amboiii kasarnya bahasa (rujuk tajuk diatas)hahaha.. Issskkk ni bukan BAHLUL sebarang BAHLUL tau.. BAHLUL ni seorang insan yang bertaraf wali ALLAH .. Ok nak tau kisah selanjutnya jangan segan silu sudi-sudikan baca celoteh ku ini sehingga ke akhirnya ...

SIAPAKAH BAHLUL YANG DIMAKSUDKAN ?
Kalau merujuk kepada kamus dewan  dan dalam bahasa melayu BAHLULbermaksud BODOH/TOLOL. Tahu tak yang sebenar-benarnya BAHLUL merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.
Bahlul dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan - perbuatab yang tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu mengenali siapa yang tergolong dalam golongan madjzub iniTerdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri.

Alkisah BAHALOL
  • KISAH 1
Ketika mana pada zaman Khalifah Harun Al-Rashid berlaku kemarau panjang yang tiada bekalan air. Khalifah telah mengarahkan supaya semua penduduk mengerjakan solat istisqa' /minta hujan.Semua penduduk telah mengerjakan solat tersebut tetapi hujan masih tidak turun juga.
Apabila diselidiki ternyata Bahlul,seorang sahaja yan masih belum mengerjakan solat tersebut lalu khalifah mengarahkan supaya Bahlul mengerjakan solat.
Setelah beliau solat lalu Bahalol naik atas mimbar dan beliau berdoa,seketika itu hujan turun dengan lebatnya.Wallahu a'lam.
  • KISAH 2
Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid jalan2 dgn isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlul tgh buat rumah dari tanah liat.
Zubaidah ni pun tanya, “Buat apa tu Bahlul?”
“Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”
“Nak beli boleh?”
“Baiklah.. saya jual dgn 10 dinar”.

Zubaidah pun memberi 10 dinar kpd Bahlol. Lantas Bahlul terus buang duit tu dalam sungai.

“Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah”.

Gelak-gelak Harun masa tu.. dia berkata kpd isterinya “Sayang dah kena main dah ngan Bahlul tu”.

Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.
“Eh apsal halang2 ni? Ni rumah isteri ku!”
Malaikat menjawab “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia.. bukan di syurga!”

Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka mencari Bahlol Jumpa la Bahlul tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.

“Bahlul, aku datang nak beli rumah ni”
“Boleh!” jawab Bahlul
“Berapa harga?” tanya Harun Ar Rashid
“10,000 dinar!”
“Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”
“Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"

Apakah maksud tersirat Bahlul bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?
  • KISAH 3
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, “Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya”. Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.
Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawat Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.
  • KISAH 4
Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:

Bahlul: Bagaimana kamu makan?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul: Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?

Nampak tak BAHLUL sebenarnya bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul,beliau merupakan insan yang bijak . Sedihnya masyarakat kita pada hari ini menganggap penggunaan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perktaan itu disalah ertikan oleh masyarakat kita. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment