Friday 6 February 2015

MUTIARA HATI .. CETUSAN RASA..

..Aku hanyalah INSAN BIASA, yang punyai CACAT CELA yang tersembunyi di sebalik hijabku ini..andai diriku ada BERBUAT SALAH, MENGURIS HATI sesiapa tanpa sedar..usahlah MENCEMUHKU, usahlah MEMBENCIKU tetapi NASIHATKANLAH aku dengan HIKMAH supaya kembali ke arah yang DIREDHAI Allah..✿~

>>> Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu TIDAK BERHAK untuk menjadi seorang mUSLIM/Muslimah yang BAIK, DISAYANGI dan DIHORMATI..berusaha mendidik diri menjadi Muslimah yang baik itu perlu DITERUSKAN tanpa mengenal erti penat apatah lagi jemu, tinggalkan masa lalu yang perit itu..jadikan ia satu PENGAJARAN, bukan satu penyesalan yang berpanjangan..♥♥♥

Walau terasa lambat bagi yang menunggu..
Terlalu panjang bagi yang gelisah..
Terlalu jauh bagi yang mengharap..
Dan terlalu pendek bagi yang bahagia..
Namun waktu adalah keabadian,
Bagi yang bersabar dan bersyukur..
kadang-kadang allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat,kita tercari-cari dimanakah matahri rupa-rupanya allah hadiahkan kita pelangi yang indah....

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

♥ Jadikan cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta.Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.. ♥

Mata kadang2 salah melihat..
Mulut kadang2 salah berucap..
Tetapi, hati tidak pernah menipu
apabila kita rindukan seseorang..♥

✿Dalam urusan DUNIA, jika kita BERKASUT pandanglah orang yang BERSELIPAR. jika kita berselipar, pandanglah orang yang BERKAKI AYAM. Ia akan menjadikan kita sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita MILIKKI~✿

✿ܓDan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur (An Nahl : 78)✿ܓ ^_^

Tegurlah aku jika aku mulai sombong..
Tegurlah aku jika aku mulai angkuh..
Tegurlah aku jika aku mulai salah..
Kerana aku masih memerlukan sahabat seperti kamu..
Hari ini, esok dan selamanya.. ♥









No comments:

Post a Comment

Post a Comment