Friday, 23 January 2015

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN


Assalammualaikum .. Salam Jumaat yang penuh barokah bagi semua yamg sudi menjelajah blog ku ini dan pada yang sudi membaca catatan jemariku juga, moga ada sedikit kebaikan dr coretan ini dan kan menjadi renungan bt kita semua..Jumaat kini kembali lagi.. Alhamdulillah ditahun 2015 ini Allah masih beri peluang untuk kita terus bernafas dimuka buminya ini bermakna Jumaat yang keempat dlm tahun 2015 ini.. Panjatkan sebanyak-banyak doa untuk diri untuk Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda, orang tua kita, keluarga kita,sahabat-sahabat kita.. Sesungguhnya Jumaat adalah hari yang sangat bermakna .. Secara peribadi Sarah amat sayangkan Jumaat isskk bukan sebab esok cuti tau... Nak tau jawapan nya kenapa..Jenggg ..Jenggg (jangan marah tau gurau jer) Jawapannya adalah kerana Jumaat adalah Penghlu Segala Hari, Hari Yang Penuh Barokah dan secara tidak langsung memberikan Sarah secebis harapan dan keyakinan bahawa setiap impian dan doa akan dikabulkan.. Inshaa Allah..
Aduhai panjang pula mukadimah Sarah hr ni kan... Sebenarnya Sarah nak bercerita tentang CALIPS BUSKERS (betul ke ejaan nya nih..Hahaha) -Alah yang menang persembahan terbail AJL 29 tu.. Ya Allah walau pun mrk ini dari golongan mereka yang kurang upaya (cacat penglihatan) tapi suara meraka memang hebat.. Betapa indahnya ciptaan Allah , DIA bagi kurang dari satu sudut tapi dari satu sudut yang lain ada kelebihannya ... Ye lah kan kekadang sebagai manusia ada masanya kita sentiasa tak pernah puas dengan apa yang kita miliki sehingga ada masanya kita terlalai dengan pencarian kita sendiri...
Sebenarnya semua ini datang atau lebih tepat lagi dikatakan datangnya dari hati dan jiwa. Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang dan hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.Ya Allah semoga kami semua dijauhi dari penyakit hati ini..


Ni Sarah hadiahkan sesuatu untuk semua.. Mereka ini insan istewa ciptaan Allah.. Allah anugerahkan sesuatu yang cukup indah buat mrk ini... Dengarkan kemerduan suara mereka ini..
#halwatelinga #AJL29 #indahnyaciptaanAllah..






Thursday, 22 January 2015

Assalammualaikum... first of all... erkkkkkk..dah lama Sarah tak menulis & menjengah blog ni.. Bukan apa tau..semua ni disebabkan kekangan masa & waktu... ececehhhhh kunun mcm bz la sgt kannnn.. Thanks pd yg sudi membaca celoteh Sarah pd yg sudi menjengah maaflah blog saya ni x sehebat blog-blog lain... Hari ni Sarah nak meluahkan rasa...cehhhh feeling la pl... 
Tentu semua (yang baca coretan ini) kenal siapa Zamani - Slam .. Hr ini video Zamani Slam telah diviral di media sosial (betul ke ayat sy ni)... Sy membesar dengan lagu-lagu dia dan meminati lagu-lagu beliau tp hr ini saya amat terkejut dengan tersebarnya video Zamani Slam dibuli atau perkataan yang lebih tepat lagi dimalukan olh pihak polis.. PAda saya tindakan Anggota tersebut sangat-sangat tidak beretika dan tidak amanah semasa menjalankan tugas, apa perlunya beliau dimalukan sebegitu rupa, beliau juga seorang manusia yang punyai maruah diri biar dia bersalah sekali pun apa hak kita sebagai manusia menjatuhkan maruah orang lain... Timbul soalan diminda saya apakah anggota polis tersebut mempunyai akal atau tidak hingga sanggup mempermainkan maruah orang lain sebegitu rupa... Kalau beginilah sikap anggota polis maka sy sedikit pun tidak hairan andai ada segelintir dari orang awam yang tidak menghormati kerjaya seorang polis.. Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga ... Bukan saya membenci anggota polis tapi disebabkan perangai segelintir dari anggota mrk membuatkan sy sedikit tidak menghormati mrk.. Dan bukan pula saya membela penagih-penagih dadah, mrk mmg ternyata bersalah tp hak mrk sebagai seorang manusia tetap ada...  Lihat Video ini dan nilaikan sendiri dimana sifat perikamunusiaan anda.. Maaf andai ada yang menyelar saya... 


Disuruh menyanyi dalam keadaan tangan bergari... Apakah perasaan anda andai ini terjadi pada ahli keluarga anda pula... 


gambar zamani ditangkap
Pengguna Laman Sosial Mengecam Tindakan Polis Buli Zamani Slam

Wednesday, 10 September 2014

SAMBAL HITAM

Assalammualaikum .. Hai .. lama sudah saya tidak berbicara disi.. menjengah ke laman ini disebabkan kekangan waktu .. Hari ni saya nak cerita pasal masak-memasak pula.. Feeling kunun pandai memasak la pula, hehehe.. Saya nak cerita pasal Sambal Hitam yang amat famous di Pahang , apa lagi saya pon memulakan operasi menggoogle (rosak bhs melayu ku ini)- mau pitam cikgu BM tgk ayat ku, resepi Sambal Hitam, sy bljr dari Mr. Google untuk buat sambal hitam dan ini lah hasilnya.. Memang sedap sambal hitam ni mkn dgn nasi panas pon sudah memadai..
Dan inilah hasil sambal hitam ku hasil tunjuk ajar dari Mr. Google .. Disini saya sertakan resepi bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba resepi ini dijamin anda semua takkan menyesal punya lah.. 5 bintang utk yang empunya resepi (Resepi Madihaa - mamawandiha.blogspot.com) .. Terima kasih untuk resepi yang cukup enak ini.. Dan ini adalah hasil percubaan ku untuk pertama kalinya..

Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

belimbing buluh sedang direbus
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  

belimbing yang siap direbus

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
PESANAN KEDUA: Sila guna periuk yang buruk2 je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yg ibu periuknya dah rosak.. hehe). Kalau kat kampong biasanya dorang guna tin minyak masak yg empat segi tu untuk rebus belimbing ni..
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

Thursday, 27 February 2014

Musibah atau ujian dari Allah



Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

Permulaan ayat cam gempak je, cam best jer... Niat sebenar hanya ingin berkongsi cerita, semuanya terjadi tanpa di duga sekelip mata.. Ya Allah terduduk , terkedu seketika apabila menerima berita salah seorang dr rakan di timpa kemalangan.. Bayangkan dalam usia 25 tahun Allah uji dia dengan ujian sebegini , bagaimana pula dengan kita , Apakah kita mampu menerima ujian sebegini.. Allah tarik seketika nikmat hidupnya, terlantar sendiri di katil hospital, menanggung rindu kerana tidak dapat berjumpa dgn permata hati, menitis air mata ini melihat ketabahan beliau..






Sti Hamizah Jumiran seorang ibu yang mempunyai 2 orang permata hati , seorang yang sangat tabah , redha dengan ketentuan Illahi, begitu juga dengan adiknya kehelingan pancaindera kekal (mata di sebelah kanan) di korek akibat dari kemalangan ter sebut bukan sahaja mata malahan pendengaran turut terjejas..

Terkadang saya tertanya sendiri apakah saya mampu memikul ujian sebegini...
Andai ada yg sudi membaca coretan ini pinta saya hanyalah satu doakan kebaikan kesembuhan untuk dua beradik ini, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Musibah kepada org Islam adalah hikmah. Jika mereka sedar akan musibah yang dikenakan terhadap mereka itu adalah ujian daripada Allah semata-mata yang mana setiap sesuatunya terbentang hikmah samada kita sedar atau tidak.
Maka, redha adalah sebaik-baik tindakan ketika menghadapi musibah. Redha terhadap ujian Allah akan mengundang redha Allah jua. Redha dengan musibah akan menjadikan kita hamba yang semakin dekat dan akrab dengan Allah.
Bila kita berputus asa dan benci dengan ujian daripada Allah, maka sebenarnya itu adalah tanda yang kita tidak kenal Allah.



Monday, 3 February 2014

Pukul Anak Hanya Kerana Tidak Solat..

Assalammualaikum kepada semua yang sudi membaca coretan ku di Blog ini.. Hari ini rasa terpanggil untuk menyentuh Isu "PUKUL ANAK HANYA KERANA TIDAK SOLAT", jom sama-sama kita lihat dari sudut pandangan Islam .Bukan satu perkara mudah untuk ibu-bapa mendidik anak anak dalam arus dunia yang serba moden ini , bak kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya" tapi berapa ramai ibu bapa yang faham akan konsep ini.. Jom kita kupas, kita korek bersama agar ini menjadi pedoman untuk kita yg bergelar ibu & bapa dlm mendidik anak-anak .
Sebagai ibu bapa semestinya kita mahukan yang terbaik buat anak kita, kadang-kadang apa yang kita mahukan bukan pula yang terbaik buat mereka, maksudnya tujuan kita memarahi mereka kerana kita rasa apa yang mereka buat itu tidak betul, salah di mata kita tetapi berbeza dengan pandangan anak-anak mereka menganggap kita sebagai ibu-bapa mengongkong kebebasan mereka...
Dalam Islam itu sendiri menyarankan kita sebagai ibu bapa agar kita , "Mendidik anak dengan agama, kita sendiri mengamalkannya bukan setakat suruh anak ikut dan patuh dengan ajaran Islam tp kita sendiri tidak mengamalkannya, SURUH SOLAT SETELAH MENCECAH USIA 7 TAHUN.. DAN PUKUL IA KETIKA IA BERUMUR 10 TAHUN SEKIRANYA ANAK ITU ENGGAN SOLAT.. Selain memberi kasih sayang mengikut acuan Islam..

Tetapi apa yang jadi dalam arus dunia yang serba modan ini , Merujuk kepada kes "WARGA MALAYSIA DI TAHAN POLIS SWEDEN KERANA MENDERA ANAK" Apakah hanya dengan memukul sedikit sahaja tangan sang anak akibat tidak menunaikan solat wajar di anggap sebagai kes dera,?

Itu persepsi dan anggapan dari Negara Luar, Dalam Islam itu di haruskan asalkan tidak sampai mencederakan anak, secara peribadi saya puji sikap ibu bapa tersebut kenapa & mengapa saya berkata demikian , Anak-anak adalah anugerah dari Allah kita sebagai Ibu Bapa yang mencorakkan mereka sama ada hitam atau putih, di akhirat kelak kita akan di pertanggung jawabkan dengan setiap apa yg anak-anak lakukan.

Musibah yang menimpa diri akan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta (ALLAH) menyebabkan tangan mu memohon padanya , air mata keinsafan mengalir deras berlinangan, mengajar mu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan dari mu kesombingan dan keangkuhan . Di
saat itu diri mu lah yang paling hebat .


Wednesday, 29 January 2014

Coretan rasa cetusan jiwa... Macam best jer....

Wah macam best jer , macam nak bc jer, hahaha... Diri ini bukanlah baik mana pun, namun perjalanan hidup yg ku lalui saban hari membuatkan aku terfikir dan berfikir dimana aku harus memperbaiki kekurangan yg ada dlm diri ini.. Teringat pada satu hadith Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Apabila manusia mati, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara” iaitu sedekah jariyah ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terdetik di hati kecil ini , berapa banyak amal kebajikan yg telah ku lakukan, apakah ada kebaikan yg ku lakukan sesama manusia.., Ya Allah terlalu kerdil ku rasakan diri ini, menitis air mata apabila mengingati saat kematian yg akan menghampiri kita tanpa kita ketahui bila dan di mana dalam keadaan apa kita di jemput..

Selama ini terlalu ramai di antara kita menangisi nasib diri apabila di tinggal kekasih , putus cinta sehingga ada yg sanggup menyalahkan takdir tapi berapa ramai di antara kita yg menangis tatkala sujud menghadap Allah, berapa ramai yang menangis takut akan kemurkaan Allah. Teringat nasihat seorang sahabat kepada saya "Alangkah ruginya hidup menangis akibat gagal bercinta,kecewa dengan hidup ,dan ini semua menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi apabila kita menangis dan menyesali akan dosa kita lantas memohon pengampunan dari Nya itu akan lebih menjamin dunia dan akhirat." Ku tanam dalam diri Cintaku pada Allah adalah kerana aku adalah ciptaan-Nya, Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yg dicipta oleh-Nya..

Terbitnya kebaikan adalah dari keburukan dan terbitnya amalan adalah dari pengetahuan , Ibarat sekuntum mawar disirami embun pagi lalu disinari sang suria indah bak pelangi , begitulah jiwa murni seorang manusia.
Kecantikan diri hanya seketika akan pudar di mamah usia , tetapi keagungan peribadi terletak pada kesediaan kita untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat.

Dalam meneruskan hidup seharian bila kita mampu tersenyum, bersikap lemah lembut maka terdekatlah diri kita dengan segala kebaikan. Kebaikan buat diri kita mahu pun insan di sekeliling kita dan yang pasti bila sikap lemah lembut di sertai dengan tutur kata yang baik akan mendatangkan ketenteraman di hati kita dan hati insan di sekeliling kita..

Semalam merupakan kenangan , hari ini adalah sebuah kenyataan manakala esok adalah satu penantian . Kenangan semalam simpan sebagai pedoman untuk hari mendatang dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menghadapi hari esok yg penuh cabaran..Persoalan nya mampukah kita meneruskan kehidupan di dunia yg serba serbi mencabar ini tanpa ilmu dan bekalan agama yg cukup.. Takut hidup kita tersasar dari landasan yg sepatutnya.. Nabi telah berpesan "Tidak akan sesat hidup anak-anak ADAM jika hidup berpandukan sunah Ku & Al-Quran "..
Doa ku "Ya Allah kau peliharalah hati kami dari melakukan keburukan , jauhilah kami dari segala kemungkaran dan kau matikanlah kami dalam agama mu, jadikanlah kami diantara hamba mu yg beramal soleh" Amin..

 

Tuesday, 28 January 2014

Bila hati mula berbicara , jiwa pula meluah rasa

Lama saya bertafakur.
Merenung perjalanan hidup. Menghitung setiap apa yang telah dilalui, susah dan senang. Menilai setiap pemberian-Nya, banyak maupun kurang. Menginsafi setiap ketentuan-Nya, gembira maupun berduka. Namun, tetap terpahat keyakinan setiap apa yang berlaku terselit hikmah dan pengajaran.

Demikianlah kekuasaan-Nya. Dia Maha Berkuasa membahagiakan titik akhir kejadian yang kelihatan muram, dan secara tiba-tiba menghilangkan kemanisan pada kejadian yang sepatutnya kelihatan seperti menggembirakan.
Akal manusia, tidak sempurna mana. Tiada upaya meneka dan menafsir apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian. Redha dan tawakkal adalah perkataan terakhir setelah penat berikhtiar.
Apa yang dipandang baik oleh manusia tidak semestinya baik pada pandangan Allah SWT. Manakala apa yang dipandang buruk oleh Allah SWT pasti buruk akibatnya pada manusia. Begitu juga apa yang terpandang buruk oleh manusia, tidak selalu buruk dalam pandangan Allah SWT. Sebaliknya apa yang dipandang baik oleh Allah SWT pasti baik untuk manusia. Itulah hakikat yang mesti dipelajari dan difahami. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui segala-galanya.

Tafakur masih lagi panjang berbaki.
Bicara hati pula berbisik perlahan: “Tulislah duhai insan, coretlah kebaikan buat ummah yang nuraninya kelaparan. Setiap kali ada yang menatap dan mengambil manfaat, maka mengalirlah pahala sebagai bekalan.”

Sebarkan kebaikan
Perjalanan kehidupan manusia tidak sama di antara satu sama lain. Setiap dari mereka pasti mempunyai kisah tersendiri yang amat bermakna bagi dirinya. Manakala hanya segelintir manusia berupaya melihat sebahagian perjalanan kehidupannya untuk menerbitkan ibrah dan mencelikkan pandangan hati.

Begitulah jua akan diri ini, jika termampu diungkapkan, setiap episod kehidupan yang dikongsi biarlah dapat menjadi pengajaran dan dapat diambil tauladan. Walaupun menyedari diri tidak setinggi mana ilmunya, jauh dari mampu mengarang kitab, namun coretlah sebaris ayat yang dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang menatapnya.
Mudah-mudahan setelah pergi jasad bergalang tanah, ada jua suatu kebaikan yang ditinggalkan. Tatkala mereka yang tinggal membaca kebaikan itu lalu menyebarkannya, maka jadilah ia amal soleh yang tersimpan disisi-Nya. 

Imam Muslim, Imam Nasaie dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jarir Bin Abdullah :
"Sesiapa yang membuat sesuatu yang baik lalu diamalkan amalan tersebut, maka baginya pahala dan juga pahala seumpama orang yang melakukannya tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun, dan sesiapa yang membuat sesuatu yang tidak baik lalu diamalkan amalan tersebut, maka baginya dosa dan juga dosa seumpama orang yang melakukannya selepasnya tanpa dikurangi dosanya sedikitpun."