Thursday, 15 June 2017

10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

  Assalamualaikum.. Salam Ramadhan pembaca bloggers.. Hr ni nk berceloteh tentang mlm² terakhir Ramadhan .. Sekejap je kn dah nk raya.. Allahuakbar msh rs tak puas berada dibulan yg pnh barokah ini, ada yg kt alah thn dpn kn blh smbt Ramadhan lg, amboiiii mulut tu babap nk hahaha.. Bkn apa tkt tak smpt jmpa Ramadhan thn dpn je kn.. Apa pn kt doa bnyk² smg Allah bg kt peluang utk bertemu di Ramadhan yg akn dtg.. Inshaallah. Pnjg sgt mukadimah ni kn..
  Petang ni sy nk berkongsi tntg amalan² sunat & doa mlm lailatul qadar.. Bl mlm Lailatulqadar kt sdri pn tak tahu kn.. Tp Rasulullah dah bg tau carilah lailatulqadar pd mlm terakhir 10 Ramadhan.. Andai Allah izin inshaallah kt akn dpt mlm Lailatulqadar mlm yg pnh dgn keberkatan.
 
TANDA KEDATANGAN LAILATUL QADAR
Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasanAamiin.
kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya. Bhsa mudahnya cuaca tu mcm just nice jer.. Nyaman, selesa & mcm ada 1 rasa yg sukar diungkap dgn kata²..
Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pd mlm itu..  

  KELEBIHAN MALAM 10 AKHIR RAMADAN
Sahabat diam tak diam tak terasa sdh 20 hari kt menunaikan puasa Ramadan. Kita bakal menghadapi malam 10 terakhir Ramadan yang banyak kelebihannya. Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah:-

1. Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.
3. Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
4. Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
5. Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
6. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
7. Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).
*Allah & Rasulullah S. A. W. dah bg kt hint dah bhw mlm yg pnh keberktan itu berada pd mlm² terakhir Ramadhan.. Tinggal kt je kn usaha skt utk bertemu mlm yg pnh kebaikan ini.. Jom kt sm² usaha ye sahabat mg kt antara insan terpilih yg akn bertemu mlm yg indah ini.. Aamiin..

   AMALAN PADA MALAM LAILATUL QADAR
Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya. Mulai jam 12.00 tengah malam:

*Sembahyang sunat wudhuk
*Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar
*Membaca al-Quran
*Istighfar
*Zikrullah
*Bertasbih
*Selawat
*Sembahyang sunat tahajjud
*Sembahyang sunat tasbih.
*Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

" Ya Allah Engkau Maha Pengasih dan Engkau Maha Penyayang izinkanlah km bertemu dgn mlm mu yg pnh keberkatan ini Ya Allah"..Aamiin
Sahabat semua kunci ada ditgn kt.. Jd kt yg menentukan apakah kt mahu atau tdk mahu bertemu dgn mlm indah ini.. Apa pn duniawi & ukhrawi biarlah seimbang jgn sibuk mengejar duniawi smpi nti kt lp utk mengejar dunia yg lg 1 (ukhrawi) dunia semakin kt kejar semakin jauh kt dutinggalkn.. Selamat beramal sahabat, pembaca, followers blog yg sy sayangi..
   Andai ada ilmu yg ingin dikongsi jgn lp komen di sini.. Inshaallah sy insan yg senantiasa dahagakn ilmu.. Assalamualaikum 


 

Wednesday, 14 June 2017

CURHAT INSAN KERDIL BUAT SAHABAT

Assalammualaikum.. Bersawang dah blog sy ni.. Lama tak menjengah.. Salam Ramadhan Al-mubarak bt folowers sy kihkihkih fefiling retis mcm la rmi sgt followers kan.. Takpelah tak ramai pn sy ok jer..
  Di keheningan malam ini dan dikejauhan ini tiba² fikiran melayang teringat rakan² dizaman persekolahan.. Aduhai hati merintih mengingati kalian rindu yang merungkai dijiwa.. Semoga Allah pelihara kalian walau dimana kalian berada..
  Dalam kesamaran malam yg hening menitis air mata kerinduan tatkala mendengar lagu nyanyian Ella - Jauh dimata
" Bertahun-tahun Sudah Lama
Tiada Pernah Kita Berjumpa
Dikau Pergi Entah Ke Mana
Duhai Kasihku Nan Setia
ku Teringat Masa Dahulu
Masa Kita Berada Di Rantau
Irama Senandung Anak Dara
itu Nyanyian Kita Bersama
Korus
Malam Bulan Purnama
Tiada Hati Dirundung Duka
Kita Bersenda Gurau Bersama
Riang-ria Gembira
Dengan Cahaya Sinaran Rang Bulan
itu Semua Pengalaman
Namun Kini Hilang Lenyap Sudah
Kenangan Waktu Hidup Bersama
Dikau Kini Jauh Di Mata
Jangan Lupa Khabar Berita"
  Hati terpukul sedih tatkala mendpt berita ada diantara sahabat ku yg telah pergi menemui sang pencipta.. Al-Fatihah dan seuntai doa yg mampu ku kirimkan semoga roh kalian tenang dialam sana.. Inshaallah satu hari nanti aku jua akan menyusul kalian...
  Berbicara tentang zaman persekolahan teringat aku pada rakan² sewaktu aku bergelar pljr sek. Rendah, sek. Men & IPT Alhamdulillah ukhwah yg terjalin msh terus terjalin dan aku sentiasa berdoa biarlah ikatan persahabatan ini akn terus kekal sehingga ke hujung nyawa ku..
  Syukur Alhamdulillah dgn adanya teknologi siber semua berada dihujung jari.. Bertemu kembali sahabat yg tlh lama berpisah.. Allahuakbar tak mampu diucapkan dgn kata² tatkala dpt bertemu, bercerita tentang zaman persekolahan terubat sedikit kerinduan yg beraja di hati.. Alhamdulillah masing² berjaya dlm kerjaya & pelajaran..
  Barokallohu untuk persahabatan dan persaudaraan yang hingga kini masih dapat dirasakan, masih terasa hangat dan dekat, masih selalu tercipta canda dan tawa, dan masih ada sapa. Untuk persahabatan yang harus putus ditengah jalan, semoga setiap diri kita akan saling intropeksi. Sejatinya tidak pernah ada " Mantan" atau " Bekas" sahabat. Ketika kita pernah dekat, menjadi saudara dan pernah ada kebersamaan yang terukir maka untuk selamanya dia adalah sahabat kita. Jika ada luka yang pernah tertoreh, belajar untuk menjadi pribadi yang selalu berfikir positif. Tidak perlu ada benci atau dendam. 
        " Selalu ada Hikmah disetiap Kejadian"
         " Selalu ada Maaf disetiap Kekhilafan"
         " Dan selalu ada Penghargaan disetiap Perbedaan
 
  Sahabat kalian adalah anugerah terindah dalam hidup ku.. Kalian antara insan yg mewarnai dan mencorakkan hari² ku.. Anugerah Allah yg tidak kurang pentingnya dlm hidup ku..
   Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir kenangan. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang, Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya. InsyaAllah. 
  "Aku mungkin sekadar pelangi dalam hidupmu. Hadir ku tanpa disapa, hilangku tak membawa apa-apa, tapi mengenalimu satu anugerah berharga dari "Yang Maha Esa".
   Untuk sesiapa yang pernah mengenali diri ini Terima Kasih atas kesudian menjadi sebahagian daripada kehidupanku.. Persahabatan yg terjalin dengan izin nya.. Perpisahan yg terjadi jg dengan izin nya... Kasih ku pada kalian juga dgn izin nya.  
  
  

Tuesday, 8 September 2015

Kisah Raya 2015

Assalammualaikum.. Monink peepsssss

Hahaha tengok  tajuk atas tu dah basi kan ... Dah nak raya haji pun , baru teringat nak bermanja -manja dan menjengah blog yang dah penuh habuk nih... Meh kita belanja pic raya kita nak tak..
Erkkkk feeling retis pl dah daku ini ..
    Sayang-sayangku, pembaca blog ku, yang sudi follow blog ku ini sini meh kita cuci mata tengok pic raya saya nih... Ni nama nya riang ria raya ...




  

   

Mereka-mereka ini adalah nyawa ku, sahabat, teman dan anugerah terindah yang Allah pinjamkan pada saya .. 


Friday, 3 July 2015

KETENANGAN HATI & JIWA

Assalammualaikum , salam Jumaat yang penuh barokah.. Alhamdulillah terasa cepat masa berlalu diam tak diam sudah 16 hari kita berpuasa di ramadhan kali ini.. Syukur atas rahmat mu Ya Allah..

Wahai jiwa-jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai.. Subhanallah sungguh mendalam ayat ini.. Dunia adalah sebuah persinggahan untuk menyediakan bekalan hidup selepas kematian..

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي
﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku
(QS al-Fajr [89]: 27-30.
Ketenangan Itu Tidak Wujud Di mana-mana, Tapi Ia Berada Di Dalam Hati
Apabila kita melihat pemandangan-pemandangan yang indah dan damai tentu hati kita berdetik; alangkah bahagianya kalau dapat pergi atau tinggal di tempat-tempat tersebut. Di situlah ketenangan dapat diperolehi, di situlah kebahagiaan dapat dikecapi. Paling tidak pun, itulah yang lazim dirasakan oleh sebahagian besar manusia.
Kalau benarlah ketenangan itu berada di tempat-tempat yang indah dan permai, kenapa ada juga manusia yang memiliki ketenangan yang paling hakiki, walaupun kehidupannya hanya dikelilingi lautan pasir dan dipayungi terik mentari?
Siapakah manusia yang paling tenang hatinya kalau bukan Nabi Muhammad s.a.w.? Dan bukankah hayat baginda hanya berlegar di padang pasir. Tidak pernah baginda menyelam ke dasar lautan Pasifik melihat keindahan hidupannya. Tidak pernah baginda menjelajah hingga ke Eropah atau Asia Tengah; bumi yang penuh dengan flora dan fauna yang kita idam-idamkan peluang untuk ke sana.
Dalam keadaan hidup baginda yang di kelilingi padang pasir itu pun, ketenangan yang hakiki berjaya baginda dan para sahabat perolehi. Justeru, di manakah wujud ketenangan itu sebenarnya?

Kalau pun kita diberi peluang untuk ke tempat-tempat yang indah dan permai itu dan di sana kita merasai ketenangan yang kita harapkan, adakah berkekalan rasa tenang itu apabila kita meninggalkan tempat tersebut? Lazimnya tidak. Bahkan kalau memang kita ditakdirkan bermastautin di tempat itu, pastikah ketenangan itu akan berterusan? Jawapannya juga tidak. Buktinya?
Cuba imbau, fikirkan sejak lahir, kita hidup di bumi Malaysia, yang akhirnya kita merasa bosan dengan suasana flora dan fauna negara sendiri, padahal ribuan pelancong dari tempat-tempat yang menjadi idaman kita itu memuji-muji keindahan negara ini. Mengapa mereka ke sini pula, padahal tempat merekalah yang kita rasakan lebih indah dan permai suasananya?

Fikirkan. Kenapa mereka mencari ketenangan di sini, sedangkan kita pula merasakan ketenangan itu berada di tempat mereka sendiri? Cuba halusi kembali. Di manakah sebenarnya ketenangan yang dicari-cari?
Ramai yang menyangka bahawa dengan berada di tempat-tempat seperti itulah ketenangan dapat diperolehi dan kebahagiaan dapat dikecapi. Namun hakikatnya ketenangan itu tidak wujud di mana-mana pun, tapi ia sebenarnya berada di dalam hati. Hati adalah Raja .

Walau di mana sekalipun kita berada, sebenarnya ketenangan itu sangat dekat dengan kita. Walau hidup kita di dalam gua yang tertutup tanpa cahaya atau hidup di kelilingi dengan hiruk pikuk kesibukan kotaraya, ketenangan itu tetap dapat kita perolehi. Kerana syarat untuk tenang itu bukannya ke pantai, ke bukit atau ke hutan. Tapi syarat ketenangan itu ialah mengingati Tuhan. 

Maksud firman Allah; “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itulah hati akan tenang.” (Surah Al-Ra'd 38)

Itulah rahsia ketenangan. Pintunya di hati. Dan kuncinya mengingati. Dan yang diingat itu ialah Tuhan Yang Maha Suci. Lihatlah apa sahaja di depan matamu dan kalau yang dilihat itu diperhati dan yang diperhati itu dihayati dan yang dihayati itu difahami akan hakikatnya, kemudian segalanya dapat membawa hati mengingati Allah, maka akan lahirlah ketenangan.

Melihat manusia yang berbagai rupa bangsa, kemudian mengkagumi kebijaksanaan Tuhan, maka hati akan tenang. Melihat kenderaan lalu-lalang, kemudian memuji kehebatan Tuhan atas ilmu yang Dia ilhamkan pada manusia untuk mencipta kenderaan itu, maka hati akan tenang.

Melihat kemusnahan dan pencemaran kotaraya, kemudian menginsafi ketentuan Tuhan terhadap kehancuran dunia (kiamat), maka hati akan tenang. Melihat manusia dengan segala macam ragam; ada yang kuat ibadatnya dan ada yang hebat maksiatnya, kemudian menangisi dan memohon keuzuran dari Tuhan atas kesilapan diri sendiri, maka hati akan tenang.

Begitulah yang disuruh oleh Tuhan. AlamNya terbentang luas bukan untuk dipandang, tapi diperhati. Bukan untuk dilihat, tapi dihayati. Bukan untuk direbut, tapi dimanfaati. Maksud firman Allah;

“Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi, dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal.”
 (Surah Ali Imran 190)

Itulah tujuan alam dicipta. Tuhan lahirkan kita merata di seluruh dunia. Biarlah di mana pun kita berada. Kalau pun tempat kita ditakdirkan lahir itu adalah tempat yang dipenuhi dengan kehancuran akibat peperangan atau malapetaka alam, ketahuilah! Tuhan itu tetap adil.

Dia tidak menetapkan syarat ketenangan itu mesti berada di tempat yang indah permai, tapi yang Dia telah tentukan ialah; untuk tenang itu, hati mesti mengingati DiriNya. Itulah syarat ketenangan yang menjadi impian setiap insan. Yang pasti, tiada siapa yang hanya mahu ketenangan yang bersifat sementara. Justeru, ingatlah Tuhan, dan selama mana ini dilakukan, insyaAllah hati akan tenang.

"Hasbunallah wani'mal wakil nikmal maula wanikman nasir" 
maksudnya: "Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik baik Penjaga dan sebaik- baik Penolong." 




Friday, 26 June 2015

HIDAYAH MU RAMADHAN

          Assalammualaikum... salam Jumaat.. Moga hari ini memberi kita beribu keberkatan serta kebaikan.. Sekejap je kita dah berpuasa selama 9 hari..Apa pun alhamdulillah.. syukur krn kita berpeluang untk merasakan manis dan indahnya berpuasa.. Amboiiii panjangnya mukadimah akakkkk kan.. Sebenarnya bukan apa pun just nak tanya sape tengok Drama Hidayahmu Ramadhan lakonan Zya Zara & Ariel Zafril best kan geram pun ada.. Tapi sini kak long bukan nak cerita pasal drama tu sebenarnya, sebaliknya pengajaran yang ada dalam drama tu. Nampak tak Allah nak bagi HIDAYAH , DIA tak prnh nak kira brp usia kita , apa pangkat kita , kaya atau miskin Nya kita, jom kita  kupas lagi Ya Allah betapa Allah itu sayang pada setiap hambanya cuma sebagai hamba apakah kita bersyukur atau sebaliknya . Apakah selama ini kta leka dengan urusan kita sehingga kita alpa dengan setiap perintahNya.. Nauzubillah hu min dzalik.. moga kita semua dijauhkan dari sifat-sifat sebegini jom sama-sama kita muhasabah diri kita, perbaiki setiap kelemahan yang ada pada diri kita..
          Subhanallah alangkah beruntungnya mereka-mereka yang Allah sentuh hatinya , yang Allah beri petunjuk dan Hidayah Nya lalu Allah gerakkan hati -hati mereka untuk melakukan kebaikan. Namun kita juga seharusnya berusaha untuk terus perbaiki setiap kekurangan yang kita ada..apabila aku melihat lautan , langit yang terbentang luas, merasa diri ini begitu kerdil di hadapan Tuhan, kerana mereka ini makhlukMu yang tidak henti-henti mengingatiMu, sedang aku?....subhanallah, .tertunduk malu dan rendahnya diriku...kasih sayang Allah tidak pernah berbelah bagi terhadapku... sedarkah bahwa Allah itu seperti bidadari yang hadir mekar setia di sisi menanti hambaNya, dalam apa jua keadaan, tidak dibiarkan hambanya itu bersendiri.. ..? Jangan biarkan hatiku sunyi tanpa mendengar kalam-kalam SakinahMu Ya Allah..
           Jom hayati lirik lagu ini .. nahh amik ni kak long belanja video nya sekali.. berhibur sambil berdakwah ..

Langit terbentang, lapang hatimu
Di saat kau lihat kebesaranNya
Menanti waktu, silih berganti
Di saat kau mengharapkan kasihNya

Cahaya yang suram terlihat di depan
Di saat kau mencari keredaanNya

Ku biarkan masa berlalu
Dan biarkan tangis tawamu
Menemankan sepi malam
Hidayah dariNya


Tuesday, 23 June 2015

JOM KITA BERPUASA IKUT CARA RASULULLAH S.A.W.

Alhamdulillah syukur Allah bagi kita peluang untuk berpuasa pada tahun ini.. Semoga amal kita, puasa kita pada tahun ini menjadi amal yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya .. Syukur sangat ini tandanya Allah masih sayangkan kita  hambanya untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah penuh keberkatan. Pernah tak kita terfikir bagaimana tips-tips atau cara yang diajar Rasulullah  S.A.W. agar puasa kita tidak dikira puasa yang sia-sia.

Rasulullah s.a.w Bersahur
Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.
(HR: al-Bukhari)


Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari ciri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya:

Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur
(HR: Muslim)

Rasulullah Menyegerakan Berbuka
Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang diajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.

Rasulullah s.a.w didalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim:


عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ "
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.

Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian. Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h:

قال النبي صلى الله عليه وسلم : " لا يزال الدين ظاهراً ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون "
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.


Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata:

وقال عمرو بن ميمون الأودي رحمه الله : " كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أسرع الناس إفطارا ًوأبطأهم سحوراً "
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.


وعَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ :
دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ : رَجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ، وَالآخَرُ يُؤَخِّرُ الإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاةَ ..
قَالَتْ : أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ؟
قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ .
قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.


Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya:
Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.
Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. tapi yang berlaku pada kita adalah sebaliknya, selagi boleh makan kita makan sampai kekenyangan sehingga melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.

Menjaga LidahTerlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.
Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ
Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".


Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.


Memberi Makan Orang Yang Berpuasa
Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya

Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w.
Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).
Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka (riwayat Muslim).


Doa Ketika Berbuka PuasaNabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:

إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم...
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...


Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:

ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى
Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.


Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat

KISAH BAHLUL

            Assalammualaikum diam tak diam kita dah berpuasa selama 6 hari... Amboiii kasarnya bahasa (rujuk tajuk diatas)hahaha.. Issskkk ni bukan BAHLUL sebarang BAHLUL tau.. BAHLUL ni seorang insan yang bertaraf wali ALLAH .. Ok nak tau kisah selanjutnya jangan segan silu sudi-sudikan baca celoteh ku ini sehingga ke akhirnya ...

SIAPAKAH BAHLUL YANG DIMAKSUDKAN ?
Kalau merujuk kepada kamus dewan  dan dalam bahasa melayu BAHLULbermaksud BODOH/TOLOL. Tahu tak yang sebenar-benarnya BAHLUL merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.
Bahlul dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan - perbuatab yang tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu mengenali siapa yang tergolong dalam golongan madjzub iniTerdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri.

Alkisah BAHALOL
  • KISAH 1
Ketika mana pada zaman Khalifah Harun Al-Rashid berlaku kemarau panjang yang tiada bekalan air. Khalifah telah mengarahkan supaya semua penduduk mengerjakan solat istisqa' /minta hujan.Semua penduduk telah mengerjakan solat tersebut tetapi hujan masih tidak turun juga.
Apabila diselidiki ternyata Bahlul,seorang sahaja yan masih belum mengerjakan solat tersebut lalu khalifah mengarahkan supaya Bahlul mengerjakan solat.
Setelah beliau solat lalu Bahalol naik atas mimbar dan beliau berdoa,seketika itu hujan turun dengan lebatnya.Wallahu a'lam.
  • KISAH 2
Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid jalan2 dgn isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlul tgh buat rumah dari tanah liat.
Zubaidah ni pun tanya, “Buat apa tu Bahlul?”
“Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”
“Nak beli boleh?”
“Baiklah.. saya jual dgn 10 dinar”.

Zubaidah pun memberi 10 dinar kpd Bahlol. Lantas Bahlul terus buang duit tu dalam sungai.

“Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah”.

Gelak-gelak Harun masa tu.. dia berkata kpd isterinya “Sayang dah kena main dah ngan Bahlul tu”.

Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.
“Eh apsal halang2 ni? Ni rumah isteri ku!”
Malaikat menjawab “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia.. bukan di syurga!”

Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka mencari Bahlol Jumpa la Bahlul tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.

“Bahlul, aku datang nak beli rumah ni”
“Boleh!” jawab Bahlul
“Berapa harga?” tanya Harun Ar Rashid
“10,000 dinar!”
“Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”
“Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"

Apakah maksud tersirat Bahlul bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?
  • KISAH 3
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, “Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya”. Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.
Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawat Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.
  • KISAH 4
Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:

Bahlul: Bagaimana kamu makan?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul: Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?

Nampak tak BAHLUL sebenarnya bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul,beliau merupakan insan yang bijak . Sedihnya masyarakat kita pada hari ini menganggap penggunaan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perktaan itu disalah ertikan oleh masyarakat kita. Wallahualam.